Recents in Beach

header ads

[Video] Sesi Sidang Parlimen New Zealand dibuka dengan bacaan ayat suci al-Quran


Sesi pertama Sidang Parlimen New Zealand selepas serangan pengganas di Christchurch Jumaat lalu dibuka dengan bacaan ayat al-Quran di dalam Parlimen New Zealand yang amat menyentuh jiwa!

Ayat yang dibaca oleh Imam, amat mengusik emosi sekali.

Moga hidayah buat semua yang mendengar.

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.

Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

(Al-Baqarah 2:153-156)

Post a Comment

0 Comments