Recents in Beach

header ads

Indeks Kebahagiaan Dunia: Malaysia Jatuh 45 Anak Tangga dari 35 kepada 80 - Petanda Rakyat Tak Bahagia Ditipu PhDAP


Pagi semalam, Menteri Khalid Samad berucap dalam acara untuk menyambut Hari Kebahagiaan Sedunia tahun 2019.

Dengan bangganya, Menteri umumkan Malaysia terletak di tempat 35 antara 158 negara di dunia mengikut Indeks Kebahagiaan Dunia (World Happiness Index) 2018 dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kita negara 35 paling bahagia dalam dunia.

Dia puji kecapaian ini dan kata ini akan mengalakkan lebih banyak pelabur asing untuk melabur di Malaysia.

Ini bukti kebahagiaan dan kesejahteraan rakyat terjamin, kata Khalid. [1]

Media-media di bawah kawalan PH pun berlumba-lumba ikut sekali Menteri untuk memberi kepujian kepada kerajaan ke atas kejayaan ini: [2]

Sebenarnya, Indeks Kebahagiaan Dunia tahun 2018 ini dikeluarkan pada bulan Mac 2018 sebelum PH mengambil alih.
https://suara.tv/16/03/2018/kedudukan-malaysia-indeks-kebahagiaan-dunia-naik-satu-tangga-di-bawah-singapura/

Laporan tahun itu menunjukkan Malaysia naik 7 tempat ke tempat 35 berbanding tempat 42 pada tahun sebelumya untuk menjadi negara kedua bahagia di ASEAN - satu tangga di belakang Singapura.

Malaysia berada pada tangga ke-51 dalam edisi pertama kajian itu pada tahun 2012, jatuh masing-masing kepada tangga ke-56 dan 61 pada 2013 dan 2015, sebelum mendaki semula tangga itu ke tangga ke-47 dan ke-42 dalam laporan 2016 dan 2017.

Tetapi agak malang untuk Menteri Khalid Samad semalam.

Pagi dia puji Malaysia naik ke tempat 35, petang pula laporan terbaru untuk tahun 2019 diterbitkan.

Kedudukan Malaysia telah jatuh 45 tempat kepada tempat 80 dalam Indeks Kebahagiaan Dunia 2019. [3]

Di rantau ini sahaja, kita kini di bawah Singapura, Thailand dan Filipina.

Menurut laporan 2019 itu, Malaysia antara 4 negara yang mengalami kejatuhan paling teruk bersama Venezuela, Ukraine dan India.

Kedudukan negara kita sekarang adalah pada tahap paling rendah sejak laporan ini mula dikeluarkan oleh PBB.

Menteri PH sedar tahu bahawa Rakyat yang bergilir-gilir ditipu oleh kerajaan semasa ekonomi Malaysia semakin menurun di bawah mereka tidak akan happy.

Rakyat tak happy tak apa, asalkan pemimpin PH bahagia selepas dapat jawatan.

Facebook Najib Razak
https://www.facebook.com/157851205951/posts/10155961482930952/

Rujukan:

[1] https://www.facebook.com/ybkhalidsamad/posts/10155902473431436


[2] http://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-negara-ke-35-paling-bahagia-di-dunia-201671


[3] https://www.nst.com.my/news/nation/2019/03/471376/malaysia-drops-80th-latest-world-happiness-report

Post a Comment

0 Comments