Recents in Beach

header ads

#PRKRantau: Anwar pilih Streram jadi calon PH sebab ‘tidak sampai hati’

 Datuk Seri Anwar Ibrahim “tidak sampai hati” mengetepikan S. Streram sebagai calon Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kecil Rantau bulan depan.

Walau ada pimpinan PH mahu calon Melayu, presiden PKR berkata timbalan ketua parti cabang Rembau banyak membantu orang Islam di Afghanistan dan Sudan, lapor Utusan Online.

“Sebab itu saya tidak sampai hati nak tukar (calon) di Rantau. Saya dukacita kalau sekarang ada antara kita bangkitkan isu calon Melayu atau India,” kata ahli parlimen Port Dickson.

“Streram pergi bertarung nyawa di Afghanistan dan Sudan mengapa kita tidak kata dia tidak perlu pergi ketika itu.”

Doktor bius sebelum ini dipilih sebagai calon PH bagi pilihan raya kecil (PRK) Rantau yang berlangsung 13 April depan.

Pada pilihan raya umum tahun lalu, Barisan Nasional menang percuma susulan Streram gagal menghantar borang penamaan calon.

http://pakdin.my/tag/prk-rantau


Post a Comment

0 Comments