Recents in Beach

header ads

Gempa Lombok: Mayat dua mangsa dibawa pulang petang ini

Jenazah dua rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian gempa bumi dan tanah runtuh di Lombok semalam, dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 5.10 petang ini.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, dalam kenyataan, berkata mendiang Datin Tai Siew Kim dan mendiang Lim Sai Wah akan dibawa pulang ke Malaysia dengan menggunakan penerbangan Garuda Indonesia, GA816.

Selain itu, 17 mangsa lain akan turut pulang ke tanahair hari ini dengan menaiki pesawat Air Asia dengan nombor penerbangan AK309 terus dari Lombok dan dijangka tiba di KLIA2 pada jam 3.15 petang, katanya.

Bagaimanapun, empat lagi warganegara Malaysia yang cedera dalam kejadian itu masih menerima rawatan di Rumah Sakit Umum Daerah – (RSUD) Mataram.

Kenyataan itu menyebut pegawai Kedutaan Malaysia di Lombok sedang giat menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan kelancaran urusan membawa pulang jenazah serta warganegara Malaysia yang terjejas. — Bernama


Post a Comment

0 Comments