Recents in Beach

header ads

FDI Malaysia merudum RM7.8 bilion

Lim Guan Eng hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa negara mencatatkan pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM80.5 bilion sepanjang tahun 2018. RM54 bilion daripadanya diluluskan pada 6 bulan terakhir tahun lepas; membayangkan keyakinan antarabangsa terhadap polisi dan pengurusan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan [1]

Begitulah gebang beliau yang dikongsi pemimpin dan penyokong kerajaan hari ini.

Namun begitu, berdasarkan rekod daripada Jabatan Statistik Malaysia (DOSM), FDI pada suku ketiga 2018 (Julai-Sept) hanyalah RM3.9 bilion [2] sementara FDI pada suku keempat pula adalah RM12.9 bilion. [3]

Ini menjadikan FDI Malaysia bagi separuh kedua 2018 hanyalah RM16.8 bilion sahaja dan bukannya RM54 bilion.

Malahan DOSM secara jelas mengeluarkan kenyataan bahawa pelaburan langsung asing bagi tahun 2018 cumalah RM 32.6 bilion; merosot RM7.8 bilion daripada RM40.4 bilion FDI yang direkodkan pada tahun 2017. [3]

Tuan tuan boleh rujuk tangkap layar di bawah.

Jadi mana anak Lim Kit Siang (林吉祥) ni dapat angka sampai RM80.5 bilion?. Ke dia pakat kira juga pelaburan Syeikh Qatari yang Khalid Samad cerita dulu tu? [4]

Kau gi jaga akaun kedai kopi dah la Guan Eng. Senang. Orang pun tak sakit hati.

Rujukan:

[1] https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/541667/negara-catat-peningkatan-fdi-kepada-rm805-bilion-tahun-lalu-guan-eng

[2] https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=86&bul_id=NXU0dVJ6U1FNUVNHc1JFRUJSaW9XQT09&menu_id=azJjRWpYL0VBYU90TVhpclByWjdMQT09

[3] https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=100&bul_id=aHRydmZMSmtNL0lTbW43SjVOSlZkQT09&menu_id=TE5CRUZCblh4ZTZMODZIbmk2aWRRQT09

[4] http://www.astroawani.com/berita-bisnes/khalid-samad-dedah-usahawan-negara-teluk-mahu-labur-rm1-6-trilion-projek-kereta-nasional-ketiga-193711

Oleh Abdul Rahim Hilmi


http://pakdin.my/ekonomi

Post a Comment

0 Comments