Recents in Beach

header ads

Pencemaran Toksik: Bayi setahun gagal dapat rawatan kerana terlupa bawa MyKid


Dalam keadaan bencana jangan banyak sangat soal, beri rawatan segera.
..........

PASIR GUDANG - Kementerian Kesihatan memohon maaf kepada seorang ibu yang gagal mendapatkan rawatan untuk anaknya berusia setahun kerana terlupa membawa Mykid di pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini petang tadi.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu tidak pernah berlaku sejak pusat rawatan awal dibuka pada 8 Mac lalu sehingga hari ini.

“Staf kami pun terkejut perkara ini berlaku kerana ini tidak terjadi di bilik rawatan sebaliknya berlaku di pintu masuk ke pusat rawatan. Ini kerana kita langsung tidak meminta Mykid.

“Sangat malang ia berlaku, kami meminta maaf kerana ini sudah terjadi dan saya yakin ia tidak disengajakan sama sekali. Harap pesakit akan dapat kembali atau dirawat segera,” katanya dalam sidang akhbar di stadium tersebut.

Dzulkefly berkata, pihaknya membuka ruang untuk sebarang penambahbaikan termasuk mengkaji semula prosedur operasi standard di pusat rawatan awal terbabit.

Kira-kira pukul 1 tengah hari tadi, seorang ibu membawa bayi tersebut ke pusat rawatan tersebut untuk dirawat selepas menjadi mangsa pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini tetapi tidak dibenarkan masuk kerana tidak membawa MyKid anaknya itu. - UTUSAN ONLINE

http://pakdin.my/tag/pencemaran-toksid

Post a Comment

0 Comments