Recents in Beach

header ads

Johari Ghani Beli KUB Selamatkan Maruah UMNO


JAG Capital Holdings Sdn. Bhd. muncul sebagai pemegang saham terbesar KUB Malaysia Bhd. selepas mengambil alih sebanyak 31.99 peratus pegangan daripada Anchorscape Sdn. Bhd. bernilai RM121.09 juta.

Menurut KUB, urus niaga secara langsung di antara JAG Capital dan Anchorscape telah selesai pada 1 Mac lalu.

“Dagangan saham KUB secara sukarela dihentikan pada pukul 9 pagi hingga 10 pagi tadi,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

Menurut Bloomberg, seba­nyak 178.07 juta saham dibeli pada harga 68 sen sesaham, meningkat daripada harga penutup Jumaat lalu iaitu 39.5 sen.

JAG Capital merupakan syarikat pelaburan dikaitkan dengan keluarga bekas Menteri Kewa­ngan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Para pengarah JAG Capital termasuk Johari sendiri, isteri­nya, Datin Seri Zurwati Haslinda Zainal Bahry, anak beliau, Amir Rasyidi Johari serta Pengarah Urusan kumpulan CI Holdings Bhd., Megat Joha Megat Abdul Rahman.

Dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia, Johari dan Megat Joha dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas KUB sementara Tunku Alizan Raja Muhammad Alias meletak jawatan sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif KUB.

Sebelum ini, Anchorscape adalah pemegang saham terbesar dalam KUB dengan pega­ngan sebanyak 52.17 peratus di dalam syarikat itu.

Berdasarkan data Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Anchorscape adalah sebuah syarikat pelaburan yang dikaitkan de­ngan Pengarah Prasarana Malaysia Bhd., Darhim Dali Hashim dan Ahli Dewan Undangan Ne­ge­ri (ADUN) UMNO Linggi, Datuk Abdul Rahman Mohd. Redza.

Awal Februari lalu, Utusan Malaysia melaporkan terdapat khabar angin mengenai wujud usaha untuk KUB melepaskan saham majoritinya kepada salah seorang daripada 10 individu terkaya di Malaysia.

Usaha tersebut dikatakan sudah digerakkan tetapi terhenti seketika buat masa ini kerana ada pihak dalam kalangan mereka yang menguasai saham majoriti KUB menentang penjualannya kepada bukan bumiputera.

Sumber yang dekat dengan isu berkenaan memberitahu, mengikut harga semasa, nilai saham KUB adalah 72 sen, tetapi cuba dijual pada harga 64 sen kepada individu terbabit dan bayaran dijanjikan adalah secara tunai.

Pada 4 Januari lalu, Bernama melaporkan, Anchorscape Sdn. Bhd., iaitu pemegang saham majoriti KUB telah menerima pertanyaan daripada beberapa pihak yang berminat untuk memiliki sebahagian kepentingan syarikat itu dalam kumpulan berkenaan.

Post a Comment

0 Comments