Recents in Beach

header ads

[Video] Joseph Lim Guan Eng dan David Nga KorMing Hasutan Anti Islam?



Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming tidak layak bercakap mengenai perpaduan kerana rekod menunjukkan beliau sering mengeluarkan kenyataan yang boleh menanam semangat kebencian dan mengganggu keharmonian kaum.


Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, sehubungan itu Kor Ming perlu berhenti daripada berlakon kononnya sebagai pejuang kebangsaan selepas mencetuskan kemarahan rakyat susulan kenyataannya gabu­ngan UMNO-Pas akan menjadikan Malaysia seperti Afghanistan yang diperintah Taliban.

Menurutnya, Kor Ming tidak perlu berpura-pura menutup keterlanjuran sendiri memandang­kan Ahli Parlimen Teluk Intan itu sememangya sudah dikenali rakyat sebagai orang yang kerap meniup api permusuhan.

Menurutnya, malah ucapan-ucapan Kor Ming yang berbaur perkauman dan kebencian tular dalam media sosial.

Katanya, rakyat tidak boleh lupa bagaimana Kor Ming membakar kemarahan rakyat dengan menggambarkan pemberian duit raya ketika sambutan Aidilfitri sebagai pemberian dedak.

"Kor Ming juga pernah dikritik hebat kerana mempersoalkan peruntukan lebih besar kepada masjid berbanding rumah ibadat lain.

“Begitu juga ucapan-ucapan dalam ceramahnya yang sarat dengan maki hamun dan sumpah seranah selain pernah dirakam mencarut dengan kata-kata berbaur lucah terhadap musuh politiknya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Saarani yang juga Ketua Pembangkang DUN Perak berkata, Kor Ming juga pernah menghamburkan kata-kata nista terhadap bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dengan gelaran ‘hitam metalik’ sehingga terpaksa meminta maaf selepas dikecam hebat pelbagai pihak.

Menurut Saarani, malah Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri pernah menjadi mangsa kebiadaban Kor Ming apabila menyatakan beliau akan ‘pergi’ tidak lama lagi menyertai bekas Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew, bermain mahjong di dunia lain.

“Justeru, agak melucukan apabila Kor Ming mendakwa menjadi mangsa fitnah sedang­kan kecaman rakyat terhadap beliau adalah berpunca dari keceluparannya sendiri,” katanya.

Tambah Saarani, Ahli Parlimen Teluk Intan itu harus ingat, setiap ucapan dan kata-kata Kor Ming direkodkan dan tidak boleh dipadamkan di internet.

“Tidak menghairankan sekiranya selepas ini Kor Ming mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman dan kebencian kerana beliau mungkin percaya bahawa hanya de­ngan bersikap sedemikian akan membantunya terus hidup dalam pentas politik DAP,” ujar Saarani. - SUMBER

Terbaru hangat di Dewan Rakyat yang mana ketua Pembangkang yang diketuai oleh Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob menyelar dua individu yang mengeluarkan kata kata provokasi melampau diatas gabungan baru baru ini dua parti besar melayu iaitu PAS dan UMNO.


Post a Comment

0 Comments