Recents in Beach

header ads

[VIDEO] Ular Tedung Selar Panjang Kereta Dalam Meja Murid Sekolah

Seekor ular tedung selar dirakam di sebuah sekolah beristirehat didalam meja murid sekolah lantaran cuaca panas yang melanda negara. 

Kebanyakan kes ular yang ditangkap dalam dua tiga menjak ini adalah dari spesis tedung selar, senduk dan sawa kerana negara ini mempunyai kawasan bukit bukau dan hutan menyebabkan ia keluar mencari perlindungan terutama di kawasan sejuk



Ular yang ditangkap biasanya akan dilepaskan semula ke habitat asal yang jauh dari penempatan penduduk oleh pihak BOMBA ataupun JPAM.



Ular ular ini biasanya gemar menyorok di tempat sejuk terutamanya dalam kasut (diluar rumah), almari, bawah katil, bilik air dan ada juga di dalam enjin kereta.




MUKAH: Beberapa pelajar cemas seketika apabila menemukan seekor ular tedung selar di dalam laci meja di bilik kelas tingkatan enam di sebuah sekolah menengah kebangsaan di sini pada Jumaat lepas.

Mereka kemudian membuat panggilan telefon ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah untuk mendapatkan bantuan.

Menurut Ketua BBP Mukah Mohd Azhari Awi kepada Utusan Borneo, pihaknya bergegas ke lokasi susulan menerima panggilan kecemasan pukul 2.48 petang.

Anggota bomba berjaya menangkap ular berkenaan yang dianggarkan sepanjang 2.5 meter menggunakan penjerut.

Satu rakaman video berdurasi hampir tiga minit turut tular mengenai kejadian tersebut. 

Ular itu dilepaskan ke habitat asal selepas ditangkap. - Utusan Borneo Online.

Post a Comment

0 Comments